Thursday, October 15, 2009

Cintan cintun




Biasanya benda ni bnyk terjadi kpd kaum laki. Klu pempuan xpasti plak ada ka dak. Tpi mesti adanya. Perkara ni terjadi bila tgh bosan hidup kesepian…bila ada yang sudi ja terus istihar kapel…konon2 nak dibelai dan disayangi….bila jumpa yang lebih cantik @ hensem terus berubah angin(mintak putus)..ni aku pggl cinta kalut

Yang ni plak dua2 kaum terlibat...cinta kerana nafsu…dalam dunia ni semua org pikir rupa luaran yang utama…semua tergila2 kepada yg cantik dan hensem. Bila si pempuan pasangan laki2 ni minta putus…si laki2 menangis2 minta nak sambung balik….klu si pempuan tu setuju pon aku rasa cam xguna ja cinta tu….baik cari cinta sejati drp cinta simpati.

Cinta ni plak aku pggl cinta reta…reta tu harta la…yang ni pempuan cukup banyak…apa yang pempuan pandang tentang harta ni aku pon xtahu…hidup bersederhana pon sudah cukup….zaman sekarng ni bila dah banyak harta hidup mudah jadi lalai…tapi bila dah susah baru ingat Tuhan…

Keempat plak cinta hangat2 taik ayam…yang ni maybe pasangan tu memboringkan kot, atau terlalu mengongkong pergerakan si dia!!! Bila dah xtahan jadi camni, cabut terus la….yang ni laki dan pempuan sama ja…tpi xsemua la..yang dapat pasangan baik tu jaga2 la lek lok!!

Yang kelima cita sejati la…yang ni susah nak dapat….aku rasa cinta ni mungkin datang bila si lelaki dan si pempuan mempunyai karekter yang sama ataupun hampir sama…dan boleh menerima kebaikan dan keburukkan masing2, saling dapat menerima pendapat kedua2 belah pihak, mampu mengawal sikap ego dalam diri mereka, dan bersyukur kepada Tuhan yang telah menemukan kamu dengan si dia. Bila bersyukur akan kehadiran si dia..pasti kamu akan menghargainya.

Yang keenam cinta Tuhan, yang ni sepatutnya aku letak no1…tpi aku tau nanti hangpa xbaca…cinta ni la yang sepatut kita cari dahulu…jika dapat cinta ni pasti cinta yang kelima diatas pon dapat. Jangan asyik pandang apa yang terlihat didunia ja, pandang la apa yang kita xnampak di akhirat nanti!!!

Tuesday, October 6, 2009

Aku syg abang

aku tulis crita ni saja nak ingat2 balik, takut tua2 nanti x ingat apa satu. crita pasal aku ngan abang aku dulu, memang aku ingat sampai ke ari ni, abang aku tak tau skarang dia ingat ka dak lagi.

dari kecik sampai ke skarang aku ngan abang aku kamcing. kadang2 tu gaduh ngan dia ada gak. jarang la kami bergaduh, tapi kalau dan start sorang memang runtuh ar rumah.

ada ari tu, aku ngan abang aku men patung askar yang kecik2 besaq anak jari tu. kami pacak la patung askar tu di lubang2 kat rantai basikal. bila kayuh basikal pelan2, nampak la patung tu bergerak. haha..kreatif x aku ngan abang aku. tengah aku dok sonok pusing pengayuh basikal tu. tak perasan jari abang aku terkapit kat celah-celah rantai ngan spoket. ngeriiiii...memang ngeri ar. darah tersembunq2 kat basikal.... waktu tu umoq aku baru dalam 3,4 tahun. tengok benda2 18sg ni aku season ckit. yang ni real plak, depan mata.....adoi2, nak pengsan....hahahoho, errrr,,,,tipu ja, terkapit ckit ja pon...

tapi abang aku ni teriak selak, siap menjerit-jerit (kena ckit pon nak nangis..hehe). aku time tu kecik ag, dah gabra dah, takutkan umi aku marah. aku cabut lari masuk dalam bilik sembunyi bawah katil or belakang pintu (hehe...yang mana satu ntah, xingat). tinggal abang aku sorang2 dok menjerit & jari dia still terkapit kat rantai tu. nasib baik umi aku dengaq suara abang aku. umi la jadi heroin selamatkan abang aku tu. kalau x berjari sembilan la abang aku skarang ni...haha

sampai skarang aku dok tertanya-tanya pasal pa time tu aku lari & x tolong abang aku. pi lari pasai pa kan????....heran sungguh...

petang tu baru aku keluaq dari bawah katil.......kira lama gak la aku sembunyi.....haha
camtu la aku kecik2 dulu...bila wat salah mesti lari sembunyi kat mana2 port selamat sampai la keadaan reda...hahaha...bes jdi budak2 kecik

Friday, September 18, 2009

selamat hari raya oii....

mintak ampun mintak maap kalau ada tersilap bahasa...
maklum la dalam blog ni aku main hantam ja kata kat orang...
kepada blogger yang x reti behenti menulis mahupun yang blur xtau nak menulis apa aku ucapkan selamat hari raya maaf zahir & batin...
raya jangan lupa mai umah...kuih2 xdak noh, apatah lagi duit raya...ahak2...
ayaq bujang ja yang ada.....ni umah aku untuk memudahkan hangpa semua nak mai beraya nanti...pintu sentiasa bleh buka sebab xdak kunci...haha




errr...pintu xdak sebenaqnya..masuk kat tingkap bleh!!

Friday, September 11, 2009

ku rinduin zaman kecilku

dulu kecil-kecilku,
wajah terukir senyuman dari subuh hingga ke malam,
tak pernah lekang dari gurauan rakan-rakan "hai mat sengeh",
zaman yang tiada terciptanya kisah duka dalam hidupku..
mungkin ketika itu aku hanya tahu tersenyum walaupun di maki hamun..

tapi itu dulu,
kini besar-besarku,
duka datang sentiasa, sedangkan sukanya hanya sementara...
dalam duka ku cuba ukir senyuman dulu,
senyuman yang tidak lagi seindah zaman kecil-kecilku..
ku paksakan juga walaupun ia palsu,
kerna ku tahu suatu masa Tuhan akan kembalikan senyum kecil-kecilku..

Monday, September 7, 2009

Fahami apa itu kawan

Sudah lama aku ingin sampaikan kepada semua apa sebenarnya maksud kawan yang bagi ku ia mampu menandingi hubungan sesebuah percintaan. Mungkin bagi aku kawan itu terlalu istemewa sehingga susah untuk aku tafsirkan. Sehinggalah aku terbaca satu ayat daripada seorang sahabat, sepotong ayat yang sudah mampu mentafsirkan erti kawan dalam diri ini.

“suatu hari aku keboringan di rumah kerana tanpa kawan2 yang masih belum menamatkan pengajian. lalu ku ambil masa untuk mengintai folder2 gambar kenangan kawan2 yang begitu lama tidak bersua. terima kasih kawan!

mungkin penilaian terhadap insan bergelar 'kawan' sangat berbeza bagi setiap insan, namun pada aku.. kawan akan sentiasa punya lokasi yang istimewa dalam minda.

apakah nilai istimewa itu? untuk jawapan soalan tersebut, adalah cukup rasanya jika disuluh dengan satu kenyataan bahawa; kawan adalah orang yang kita pilih untuk didampingi, tidak seperti keluarga yang telah ditetapkan untuk didampingi..”

Walau kita punya couple, teman still paling setia..
Walau kita punya harta banyak, teman still paling berharga.

Saturday, September 5, 2009

BERITA PANAS!!!

terbaru dari Bernama
pihak polis memberi amaran kepada pemandu yang memandu di jalan grik di
waktu malam kerana dipecayai ada satu lembaga telah menyebabkan banyak
kemalangan berlaku berikut adalah pengakuan salah seorang mangsa yang baru
sedar dari 8 hari koma, "kawe tengoh memandu keto,lepah tu tibo2 kawe nampok
ada menate hittei melompak-lompak tengah jalee,kawe pun elok,lepah tu keto
kawe masuk gaung"(mangsa orang kelantan)


oleh itu pihak polis negeri mengarahkan pemandu yang melalui jalan
grik harus berwaspada semasa memandu terutama ketika musim perayaan ini kerana pihak
polis belum dapat menangkap makhluk tersebut tp sudah dpt merakam aksi
makhluk itu......






haha...selamatkan diri dan keluarga anda di musim raya nih!! ati2 di jale reye

Tuesday, August 25, 2009

awas perangkap laju

Assalaimualaikum (wbt) .....dan salam sejahtera...

Dimusim perayaan ni ramai penghuni2 kota yang pulang ke desa. Ada juga
yang menziarahi saudara mara dan sahabat yang dah lama tak berjumpa.

Waktu-waktu beginilah banyak kemalangan berlaku, maut tak mengenal
usia, pangkat atau darjat, saudara mara atau adik beradik. Hanya
titisan air mata menyambut kematian yang tersayang. Kerajaan telah
mengambil tindakan yang wajar untuk tidak berlaku kemalangan
jiwa........AWAS!! PERANGKAP LAJU!!!


Sunday, May 10, 2009

kita yang sakit

mengapa di sini prinsip menyimpang?
sedangkan di sana sebaliknya
dan mengapa di sini kita yang sakit tanpa adanya dukun yang mengubati
sedangkan mereka bagaikan raja yang perut buncit kenyang makan


rejamlah perut mereka
biar terburai usus-ususnya

sakitnya kita
sekadar dapat melihat mereka hanya membela perut
dan perut-perut keluarga mereka
dan tiada secubit pun sisa-sisa
dedak makanan untuk perut anak-anak bangsanya

Saturday, May 9, 2009

pak malang

tanggal 9 May 2009 tak akan aku lupakan. saat aku hampir mengecap kebahagiaan dikala berakhirnya semester terakhir bagi aku disini. aku gembira ketika itu, tergambar wajah2 keluarga, member2 kampung yang bakal menyambutku di dataran gurun tempat perhentian ku di kedah darul aman. teket bas sudah ku beli pada waktu2 yang agak kecemasan, persediakan awal langsung tak aku siapkan. jangkaan awal, ingin sekali aku menjadi orang terakhir meninggalkan u ni. aku ingin melihat member2 seperjuangan pergi dahulu sebelumku. tapi apakan daya ku, aku hanya perancang takdir tuhan, tapi dia jugak yang menentukan. ayah ku sakit di kampung, aku terpaksa cabut awal untuk teman dia kat hospital. saat itu barulah aku fikir tentang keluarga, bengong rasanya jadi anak yang langsung tak tahu khabar berita ayah mak di sana. agak gelabah aku memikirkan tentang rancangan penyamun buntil yang terpaksa dibatalkan. jadi, terpaksalah aku abaikan, keluarga lagi penting. teket yang bertarikh 9 May 09 jam 9.00 malam menjadi pilihan ku kerana aku terpaksa pulang awal. pada malam itu, aku ke semua bilik member2 untuk bersalaman, mungkin ini kali terakhir kami berjumpa. "good bye my best friends", hatiku sibuk berbisik...wat aku sedih ja malam tu. habis bersalaman aku pun bertolak menaiki kereta member ku sorang ni. pada ketika itu hujan lebat ala2 seperti memberi alamat kurang sedap. kereta dipandu perlahan meninggalkan halaman u dan sampai di stesyen bas jam 9.09 malam. hujan lebat ku redah dengan selamber, biar ku basah kuyup asalkan tak tertinggal bas. tetapi jangkaaan ku salah, basah kuyupku langsung tak berbaloi, bas dah lama blah. Geram betoi aku malam tu, sebelum ni 9.30 baru jalan, malam tu boleh plak on time. terpaksa la beli teket malam selasa, duit lagi. aku sms mak aku suruh hantar ayah aku ke hospital dahulu. bertolak la aku balik ke hostel semula, arrggghhhhhhhh.. jumpa lagi u aku, tekanan gila. masuk ja kat bilik ada lagi masalah, aku lupa tutup tingkap, habis basah bilik aku.

rancangan penyamun butil nampaknya boleh on gak sem ni...hahaha

Wednesday, May 6, 2009

KA..KA..

..
alik2 dah cukup 6 sem atau bahasa tahunnya 3 tahun la aku ngaji kat u yang kuno ini..
gembira tu jgn dikata la...cedih pon ada gak trpksa mngglkn kegkawan sekalian...aaaaaaaa

tapi aku ada permasalahan luaran ckit...barang banyak la pulak nak angkut masuk bas nnti, tu xtermasuk barang kutipan sedekah member2 yang dah blah....harap2 sempat la cari gudung simpanan blah area cini...nak tinggal rugi plak!!

yg penting zaman mengaji sudah tamat bagi aku....hahahaaaaa...tq blogger2 semua sbb doakan aku hari tu...rasanya mcm boleh berjaya kot sem ni!!!

piss...woi natang..merdeka kal'li!!!
MERDEKAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, April 14, 2009

mek kat ang

Seandainya time aku sedih ka, time gembira ka, tiba2 Tuhan datangkan padaku seorang kawan. Time tu sedih aku confirm hilang, yang gembira plak jadi lagi gembira. Tapi biasanya aku lebih suka sembunyikan sedih aku dalam hati ja, xbes kongsi kesedihan ngan kawan-kawan ni. Tu la sebabnya aku dah tak berawek sekarang ni, bagi aku pempuan ni kurang faham apa yang aku nak,kawan-kawan plak depa lebih faham fail aku dari A sampai Z.So, depa lebih faham tentang diri aku. Segala masalah 18sg,18sx dan lain2 mudah ja aku suarakan. Tu yang besnya kawan-kawan.

Sebab tu saing ada tunjuk kat aku 1 artikel yg tertulis "kawan adalah orang yang kita pilih untuk didampingi, tidak seperti keluarga yang telah ditetapkan untuk didampingi.."

Tapi 1 ja yang aku cukup2 aku xsuka, disebabkan awek, kawan sanggup buat aniaya kat kawan lain.Pempuan pon jangan la mintak lebih kat bf, bf xdak duit, duit member jugak dia kebas....

Saturday, April 11, 2009

doakan daku

kalau aku menyepi, xbrmaksud aku dah mati,

aku just rerat sebentar,
tak dak masa dah bagi aku tuk brkarya dlm ruangan ini,

dok mikir projek akhir, projek akhir, projek akhir!!!

esok adalah penentu sem ini sem last bagiku!


doakan aku kawan2!!!



doa: YaAllah...luluskan budak ni!!

lulus pun dah kira syukur bak!!

Monday, February 23, 2009

Allah sayang aku?

Kalau mak sayang aku, dia cium aku,
Kalau pak sayang aku, dia ajak aku kuaq jalan2,
Kalau Allah sayang aku, maybe ni lah ceritanya......

Perjalanan ke K.L ngan member2 baru2 ni memang bes bagi aku. Tu la pengalaman pertama aku ke sana lepak2 sambil lepaskan tekanan di kepala masing2. 4 hari aku ke sana memang aku guna sebaik2nya untuk round2 seluruh K.L mencari apa yang ada kat sana sampai ramai kawan2 aku kat Kedah yang sanggup menghabiskan banyak wang melancong ke negeri tersebut. Pelik kan, tapi bagi aku K.L memang bes sebab siang dan malam still hidup....bagi aku yang mati time siang dan hidup time malam ni, K.L memang suitable bagi aku. Habis round K.L teman kawan membeli-belah, malam last tu aku ngan 3 orang kawan aku berjalan-jalan ke lorong haji taib melihat ayam2 jinak kat sana. Sampai ja kat sana memang aku sedikit taksub melihat ayam2 K.L semua mempunyai rupa paras artis. Semua comey2. Kami just minum2 ja kat kedai mamak sebelah hotel murah port ayam2 tu mencari rezeki yang katanya halal bagi mereka. Member aku yang dari tadi tak lepas pandang ayam2 tu terus ja pergi ke arah mereka. Point kawan aku ni dia nak pi beli rokok kat kedai runcit yang tak jauh dari port ayam2 tu. Time kawan aku berjalan kat depan ayam2 ni, ayam2 tegur kawan aku dan menawarkan diri masing2. Kawan aku pun terus tanya harga dan macam2 lagi. Sekadar bartanya sahaja, tak laggan pun. Lawak aku tengok kawan aku ni, macam tergoda ja. Lepas kawan aku, turn aku plak, saja cari pengalaman kat K.L. Aku pun pergi la berjalan depan ayam2 tu, tapi tak seorang pun yang tegur aku, tak mungkin dalam 15 orang lebih ayam2 kat situ sorang pun xnak tawar servis kat aku, mula2 terhina gak bila difikirkan pelacur pun xtegur aku, apatah lagi pempuan2 solehan kat luar sana. Nak kata aku ni xdak rupa, smart aku lagi dari kawan aku. Tapi bila difikirkan secara positifnya maybe Allah nak jaga aku dari benda2 tak elok tu. Kalau malam tu ada seorang ayam yang tegur aku, tak mustahil teruna aku dah xdak sekarang ni. Baru aku tahu Allah syg kat aku..Thank you Allah



hahaha.....syokk gila!!

Sunday, February 15, 2009

LOVE

There are no LOVE with nonMuhrim till I Become A Real Muslim!!!!!

Thursday, January 29, 2009

ni gambaq tu


mintak simpang la

Monday, January 12, 2009

ganaz2

cuti hari tu ada peragut kena sembeleh ngan org ramai. aku tak tau camna boleh jadi camtu. aku rasa bukan setakat ragut ja kot, mesti dia buat benda lain. setakat kena belasah tu ok gak la. ni sampai kena sembeleh. ada masuk dalam berita gak hari tu, tapi gambaq tak di siarkan la. aku ada gambaq tu, member aku bagi, dia sempat tangkap gambaq atau dia mek kat org aku pun tak tau. memang ngeri la, aku dengaq cita, peragut tu kantoi ngan orang ramai, pastu kena ikat sebab dia nak larikan diri. last2 skali kena sembeleh & org gantung dia kat pokok tunjuk kat org ramai, sebagai pengajaran la kot. takut gila aku tengok gambaq tu, nampak darah sembuq kat urat tengkuk dia. nanti aku posting gambaq tu, wireles kat tmpt aku ni lembab ckit.