Tuesday, August 23, 2011

membisu di kamar malam

semak siang tenggelam dimamah gelita...
memutar malam menelan kelibat bayang manusia...
tika kita membisu di kamar malam....
masih ada disana berjalan menunjuk taji tajam...
melibas ekor pada mereka yang jurus hamba tuhan...
hati bagai tisu melihat sayu...
tangan lumpuh dari berbuat sesuatu...
rajakah kezaliman..
hambakah keadilan???

Bila Elaun Rajin Di Tarik

Sudahlaaa....
Cukuplaaa....
Jadilaaaa....
Dahdahlaa....





................buat rajin!!!



habis kosong opis haku...ginilah jadinya bila bila tiba2 kilang tarik elaun rajin..semua pakat jadi maleh...skali2 haku yang dah maleh ni pon jadi maleh...ahaha

Sunday, August 21, 2011

wit laya, wit laya

Semalam aku pecah tabung...nak cari duit backup time pagi raya!! bila kira ja...mak aii konpem2 duit aku xcukup nak bagi kat budak2 raya taun ni!! Lantas notis dibuat besaq2!!! Rumah no 22 Taman Markisa, Jalan Teroi, Guar Chempedak, Kedah Darul Aman ditutup untuk budak2 pada hari raya taun ini...harap maklum...wakaka!!!




banyak ni ja??...raya taun ni rasanya aku pon kena kutip wit laya jugak...haiya

Saturday, August 20, 2011

Salam Ramdhan

Assalamualaikum.....

"Entah hidup ka mati tuan empunya blog ni"...mungkin ungkapan ni lah yang terngia-ngia di dalam benak fikiran kawan-kawan blogger masing-masing setelah bertahun rasanya aku x update blog taksub ni...maaf!! Bila aku bukak balik blog ni...kawan-kawan semua dah xdak...uwaaaaa cedih gilerrr!!! Apa2 pon aku cuma nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramdhan yang mulia ini....moga kita semua mendapat keberkatannya...:-)


moga di bulan yang mulia ni dapat menyedarkan kita betapa beruntungnya kita berbanding insan2 yang lain

p/s: kawan2...mana hangpa semuaaaaaa.....:-(

Friday, April 23, 2010

...senyum arrr walaupon pedih...



aku bukak mata
arghhh..hari ni aku lambat lagiii
ke kelas aku kena marah-marah
siap dengan maki hamun
mungkin sebab dah masuk sepuluh kali aku terlambat
aku senyum
bukan untuk menyindir guru
tapi untuk sembunyikan rasa sedih dimarahi depan rakan-rakan
PANGGGGG!! hinggap penampar di pipi ku
guru ingat aku menyindirnya!
Terus saja ku tunduk
menahan sakit sambil menyembunyikan wajah muram tanpa senyumku
lantas hari tu aku dapat gelaran pelajar jahat
hilang pedih di pipiku
wajahku kembali tenang di ukir senyuman palsu
habis kelas aku pulang
masuk ke bilik ku lihat rakan-rakan menjamah makanan
lalu menjemputku turut serta
aku tersenyum dan berpura-pura menunjukkan perutku buncit kekenyang
senyumku berjaya menyembunyikan lapar perutku daripada mereka
tanpa mengisi perut aku ke padang bermain bola
hari itu aku rasa lemah badan tanpa tenaga
ku gagahkan juga
leka bermain kakiku tersepak kayu..sakitttt
aku menjerit sambil tersengeh-sengeh
pedihh
tapi aku terus senyum bila melihat rakan-rakanku mula gelisah
riak wajah mereka kembali tenang bila mereka memandang senyumanku
mungkin aku cuma sakit biasa...kata mereka!
aku terjengket-jengket pulang ke asrama menahan sakit
sakit yang semakin sakit kurasa sedikit-sebanyak menghakis senyumanku
kadang-kadang aku terfikir senyumku cuma buat hati mereka tenang
tapi bukan hatiku
cuma aku dapat sedikit kekuatan
bila mereka tersenyum melihat senyumku

Saturday, February 13, 2010

kelmarin, hari ini dan esok

kelmarin nasib aku seperti sediakala,
walaupun sudah ku tahu begini jadinya,
aku seperti tak redha dengan ketentuan ini,
biarpun kadang-kalanya aku pasrah,
tapi pasrahku hanyalah bila aku melepaskan geram pada kepulan-kepulan asap yang bila ku sedut makin dalam, makin hilang sedikit kemarahanku,

hari ini sama seperti kelmarin,
segala tindak-tandukku serba tak kena,
ku fikir sejenak, patutkah aku melakukan perkara yang lebih gila agar hilang api kemarahanku?
akal fikiran warasku membantah, cukup sekadar aku bertemankan lagi dengan kepulan-kepulan asap pada hari ini,
mungkin esok hari bagiku melompat gembira seperti zaman muda,

esok pula bagiku mungkin muncul mungkin tidak,
seandainya esok juga seperti kelmarin dan hari ini,
sajak ini mungkin menjadi diari hari-hariku hingga tiada lagi esok dalam hidupku dek kerana kepulan-kepulan asap yang saban hari menemaniku

Thursday, October 15, 2009

Cintan cintun




Biasanya benda ni bnyk terjadi kpd kaum laki. Klu pempuan xpasti plak ada ka dak. Tpi mesti adanya. Perkara ni terjadi bila tgh bosan hidup kesepian…bila ada yang sudi ja terus istihar kapel…konon2 nak dibelai dan disayangi….bila jumpa yang lebih cantik @ hensem terus berubah angin(mintak putus)..ni aku pggl cinta kalut

Yang ni plak dua2 kaum terlibat...cinta kerana nafsu…dalam dunia ni semua org pikir rupa luaran yang utama…semua tergila2 kepada yg cantik dan hensem. Bila si pempuan pasangan laki2 ni minta putus…si laki2 menangis2 minta nak sambung balik….klu si pempuan tu setuju pon aku rasa cam xguna ja cinta tu….baik cari cinta sejati drp cinta simpati.

Cinta ni plak aku pggl cinta reta…reta tu harta la…yang ni pempuan cukup banyak…apa yang pempuan pandang tentang harta ni aku pon xtahu…hidup bersederhana pon sudah cukup….zaman sekarng ni bila dah banyak harta hidup mudah jadi lalai…tapi bila dah susah baru ingat Tuhan…

Keempat plak cinta hangat2 taik ayam…yang ni maybe pasangan tu memboringkan kot, atau terlalu mengongkong pergerakan si dia!!! Bila dah xtahan jadi camni, cabut terus la….yang ni laki dan pempuan sama ja…tpi xsemua la..yang dapat pasangan baik tu jaga2 la lek lok!!

Yang kelima cita sejati la…yang ni susah nak dapat….aku rasa cinta ni mungkin datang bila si lelaki dan si pempuan mempunyai karekter yang sama ataupun hampir sama…dan boleh menerima kebaikan dan keburukkan masing2, saling dapat menerima pendapat kedua2 belah pihak, mampu mengawal sikap ego dalam diri mereka, dan bersyukur kepada Tuhan yang telah menemukan kamu dengan si dia. Bila bersyukur akan kehadiran si dia..pasti kamu akan menghargainya.

Yang keenam cinta Tuhan, yang ni sepatutnya aku letak no1…tpi aku tau nanti hangpa xbaca…cinta ni la yang sepatut kita cari dahulu…jika dapat cinta ni pasti cinta yang kelima diatas pon dapat. Jangan asyik pandang apa yang terlihat didunia ja, pandang la apa yang kita xnampak di akhirat nanti!!!