Friday, April 23, 2010

...senyum arrr walaupon pedih...



aku bukak mata
arghhh..hari ni aku lambat lagiii
ke kelas aku kena marah-marah
siap dengan maki hamun
mungkin sebab dah masuk sepuluh kali aku terlambat
aku senyum
bukan untuk menyindir guru
tapi untuk sembunyikan rasa sedih dimarahi depan rakan-rakan
PANGGGGG!! hinggap penampar di pipi ku
guru ingat aku menyindirnya!
Terus saja ku tunduk
menahan sakit sambil menyembunyikan wajah muram tanpa senyumku
lantas hari tu aku dapat gelaran pelajar jahat
hilang pedih di pipiku
wajahku kembali tenang di ukir senyuman palsu
habis kelas aku pulang
masuk ke bilik ku lihat rakan-rakan menjamah makanan
lalu menjemputku turut serta
aku tersenyum dan berpura-pura menunjukkan perutku buncit kekenyang
senyumku berjaya menyembunyikan lapar perutku daripada mereka
tanpa mengisi perut aku ke padang bermain bola
hari itu aku rasa lemah badan tanpa tenaga
ku gagahkan juga
leka bermain kakiku tersepak kayu..sakitttt
aku menjerit sambil tersengeh-sengeh
pedihh
tapi aku terus senyum bila melihat rakan-rakanku mula gelisah
riak wajah mereka kembali tenang bila mereka memandang senyumanku
mungkin aku cuma sakit biasa...kata mereka!
aku terjengket-jengket pulang ke asrama menahan sakit
sakit yang semakin sakit kurasa sedikit-sebanyak menghakis senyumanku
kadang-kadang aku terfikir senyumku cuma buat hati mereka tenang
tapi bukan hatiku
cuma aku dapat sedikit kekuatan
bila mereka tersenyum melihat senyumku

2 comments:

:: aiko farahshahida :: said...

senyum sokmo k..
hee~
lama ko ilang.. xmo update ker?

Liquid said...

warghh awak emo sgt cerita neh