Friday, September 18, 2009

selamat hari raya oii....

mintak ampun mintak maap kalau ada tersilap bahasa...
maklum la dalam blog ni aku main hantam ja kata kat orang...
kepada blogger yang x reti behenti menulis mahupun yang blur xtau nak menulis apa aku ucapkan selamat hari raya maaf zahir & batin...
raya jangan lupa mai umah...kuih2 xdak noh, apatah lagi duit raya...ahak2...
ayaq bujang ja yang ada.....ni umah aku untuk memudahkan hangpa semua nak mai beraya nanti...pintu sentiasa bleh buka sebab xdak kunci...haha




errr...pintu xdak sebenaqnya..masuk kat tingkap bleh!!

Friday, September 11, 2009

ku rinduin zaman kecilku

dulu kecil-kecilku,
wajah terukir senyuman dari subuh hingga ke malam,
tak pernah lekang dari gurauan rakan-rakan "hai mat sengeh",
zaman yang tiada terciptanya kisah duka dalam hidupku..
mungkin ketika itu aku hanya tahu tersenyum walaupun di maki hamun..

tapi itu dulu,
kini besar-besarku,
duka datang sentiasa, sedangkan sukanya hanya sementara...
dalam duka ku cuba ukir senyuman dulu,
senyuman yang tidak lagi seindah zaman kecil-kecilku..
ku paksakan juga walaupun ia palsu,
kerna ku tahu suatu masa Tuhan akan kembalikan senyum kecil-kecilku..

Monday, September 7, 2009

Fahami apa itu kawan

Sudah lama aku ingin sampaikan kepada semua apa sebenarnya maksud kawan yang bagi ku ia mampu menandingi hubungan sesebuah percintaan. Mungkin bagi aku kawan itu terlalu istemewa sehingga susah untuk aku tafsirkan. Sehinggalah aku terbaca satu ayat daripada seorang sahabat, sepotong ayat yang sudah mampu mentafsirkan erti kawan dalam diri ini.

“suatu hari aku keboringan di rumah kerana tanpa kawan2 yang masih belum menamatkan pengajian. lalu ku ambil masa untuk mengintai folder2 gambar kenangan kawan2 yang begitu lama tidak bersua. terima kasih kawan!

mungkin penilaian terhadap insan bergelar 'kawan' sangat berbeza bagi setiap insan, namun pada aku.. kawan akan sentiasa punya lokasi yang istimewa dalam minda.

apakah nilai istimewa itu? untuk jawapan soalan tersebut, adalah cukup rasanya jika disuluh dengan satu kenyataan bahawa; kawan adalah orang yang kita pilih untuk didampingi, tidak seperti keluarga yang telah ditetapkan untuk didampingi..”

Walau kita punya couple, teman still paling setia..
Walau kita punya harta banyak, teman still paling berharga.

Saturday, September 5, 2009

BERITA PANAS!!!

terbaru dari Bernama
pihak polis memberi amaran kepada pemandu yang memandu di jalan grik di
waktu malam kerana dipecayai ada satu lembaga telah menyebabkan banyak
kemalangan berlaku berikut adalah pengakuan salah seorang mangsa yang baru
sedar dari 8 hari koma, "kawe tengoh memandu keto,lepah tu tibo2 kawe nampok
ada menate hittei melompak-lompak tengah jalee,kawe pun elok,lepah tu keto
kawe masuk gaung"(mangsa orang kelantan)


oleh itu pihak polis negeri mengarahkan pemandu yang melalui jalan
grik harus berwaspada semasa memandu terutama ketika musim perayaan ini kerana pihak
polis belum dapat menangkap makhluk tersebut tp sudah dpt merakam aksi
makhluk itu......






haha...selamatkan diri dan keluarga anda di musim raya nih!! ati2 di jale reye