Friday, November 7, 2008

Semak samun

Ai!! bila la nak habis ngaji. Dah 16 tahun ngaji naik meluat aku ngadap buku. Buku, assignment, projek, presentation, amali macam2 lagi la benda2 yang adik-beradik dengannya. Serabut pala bila tiap2 hari asyik pikiaq study. Bila nak habis ngaji tau. Ni nak habis exam dah, pastu cuti (perkara yang aku tunggu2). Pas cuti sambung plak ngaji lagi 1 sem, sem akhir. Sem tu la yang bakal menyemak-samunkan lagi kepala aku dengan projek akhirnya yang banyak mengantoikan para super duper senior aku yang masih wujud sampai sekarang ni. Takkan aku bakal mengikut jejak langkah depa semua kot. Tak mungkin!! Abang aku boleh lepas takkan aku tak bleh plak. Tak pernah aku kalah ngan abang aku. Pas habis ngaji ni kerja. Zaman baru yang bakal aku tempuhi iaitu zaman berdikari sendiri. Duit time tu dah tak bleh dah mintak kat umi macam dulu. Alamat makan pasiaq la aku. Memandangkan dah biasa aku hidup tanpa duit selamaaa.., lama gak arr. Aku rasa mungkin la zaman kerja ni ak bleh tahan lagi. Yang tu aku tak kesah ngat, yang dok risau la ni kerja boleh ka dak taktau nanti ?????.

Kepada mana-mana pengurus syarikat besaq yang rasa berkenan nak tempah aku untuk keja kat syarikat dia, ni aku sertakan biodata sulit aku:-

Nama: amzar fahmi
Umur: kira sendiri, beranak thun 1988
Ciri2: tak suka masukan baju dalam seluar.
: tak suka pakai stokin apatah lagi pakai kasut.
: kalau bleh aku nak pi keja pakai koleksi2 bundle ja, lagi season lagi semangat nak
keja.
: malam aktif, time siang aku mandon ckit. Macam kelawaq lebih kurang.
: tak tahan sejuk, tapi tahan panas.
: 24 jam aku sentiasa tekanan kecuali time tidoq.
: isap rokok, dadah aku tak main o.k.
: boleh hidup walaupun makan meggi sekali sehari selama sebulan. Kalau tak
ajal la.

Agak2 apa keja yang sesuai untuk aku?

0 comments: