Pantang larang orang Melayu tradisional adalah kepercayaan masyarakat Melayu zaman dulu kala yang ada hubung kait dengan adat dan budaya warisan nenek moyang kita. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara sebutan atau bahasa yang mudah difahami. Pantang larang orang tua-tua ni ada tujuan dia iaitu untuk ajaq masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan. Hidup orang tua-tua.
Contoh-contoh pantang larang:-
Jangan pukul, dera atau cederakan mana-mana natang, nanti anak yang bakal lahir mengalami kecacatan
Motif:- Untuk mengelakkan penganiayaan kepada natang.
Jangan mencaci-maki bernanah atau mengumpat kecacatan orang lain, takut anak yang bakal lahir juga akan cacat.
Motif:- Untuk menjaga pertuturan agar tidak melukakan hati orang lain. Lagipun ngumpat ni berdosa.
Jangan bergaduh dengan ibu mentua, takut susah ketika nak melahirkan anak
Motif:- Bagi menjaga kenteteraman keluarga, terutamanya apabila tinggal bersama mertua selepas melahirkan anak.
Jangan melihat gerhana, takut anak mendapat tompok hitam atau bermata juling.
Motif:- Melihat matahari sewaktu gerhana boleh menyebabkan mata menjadi buta.
Ibu hamil tidak boleh melintas bawah ampaian, takut nanti jadi anak gagap.
Motif:- Disebabkan penyidai biasa rendah, dikhuatiri ibu hamil akan tersadung dan jatuh, dan boleh membahayakan kandungan.
Dilarang (orang lelaki) kencing atas busut, boleh buruk kemaluan
Motif:- Untuk mengelakkan lelaki berkenaan kena power dari penunggu busut berkenaan
Jangan duduk di atas bantal kerana dipercayai boleh naik bisul
Motif:- Supaya menjaga bantal daripada koyak, dan tidak sopan kalau bantal yang digunakan untuk melapik kepala diletakkan di bawah punggung
Jangan bergendang dalam rumah, takut harta habis dicuri oleh orang
Motif:- Larangan ini untuk mengelakkan bising di rumah, tambahan lagi bergendang (dengan mengetuk lantai rumah yang dibuat dari papan) boleh merosakkan barang-barang yang bergantung di dinding yang boleh jatuh dan pecah
Jangan menjahit pada waktu senja, nanti mata buta
Motif:- (a) Untuk menjaga kesihatan mata supaya tidak menjadi rabun
(b) mengelakkan jarum daripada tercucuk tangan
Kalau makan nasi kena habiskan... kalau tidak nasi akan menangis
Motif:- ini untuk mengelakkan berlakunya pembaziran
Anak dara jangan menyanyi di dapur, nanti kahwin dengan orang tua.
Motif:- untuk mengelak masakan hangus kerana leka menyanyi. Dan dulu-dulu orang nyanyi bukan nya sedap sangat.
Orang-orang tua Melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat ataupun menderhaka.
Friday, November 7, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment