Saturday, February 13, 2010

kelmarin, hari ini dan esok

kelmarin nasib aku seperti sediakala,
walaupun sudah ku tahu begini jadinya,
aku seperti tak redha dengan ketentuan ini,
biarpun kadang-kalanya aku pasrah,
tapi pasrahku hanyalah bila aku melepaskan geram pada kepulan-kepulan asap yang bila ku sedut makin dalam, makin hilang sedikit kemarahanku,

hari ini sama seperti kelmarin,
segala tindak-tandukku serba tak kena,
ku fikir sejenak, patutkah aku melakukan perkara yang lebih gila agar hilang api kemarahanku?
akal fikiran warasku membantah, cukup sekadar aku bertemankan lagi dengan kepulan-kepulan asap pada hari ini,
mungkin esok hari bagiku melompat gembira seperti zaman muda,

esok pula bagiku mungkin muncul mungkin tidak,
seandainya esok juga seperti kelmarin dan hari ini,
sajak ini mungkin menjadi diari hari-hariku hingga tiada lagi esok dalam hidupku dek kerana kepulan-kepulan asap yang saban hari menemaniku

1 comments:

rOhock said...

jom berhenti isap rokok..kita bahang ganja pulop..asap bau wangi,dunia pun berubah..silap hari bulan boleh melawat ke bulan..amacm?hehe