Tuesday, October 28, 2008

pujaan hatiku

Zaman remaja dulu, aku gila moto. Dari honda petak, ayah aku beli kat aku Vespa Super 150cc, pastu beli plak rxz,habis semua dah kena jual sekarang ni aku pakai moto ex5. Moto baru aku ni aku suka sebab walaupun aku beli 2nd hand,tapi laju lagi.

Yang lecehnya, bila terlampau laju lampu depan & belakang secara autonya akan terbakaq.Nak pi kedai baiki wayaring duit takdak. Jadi bila aku nak merempit naik moto ni aku off ja lampu, senang cerita.

Tapi sekarang ni aku dah mula berjinak-jinak dengan dunia kereta. Kereta impian aku ni tak la mahal sangat.Aku tak minat kereta yang mahal-mahal macam EVo, B&w dan lain-lain yang sejalan dengan nya. Mungkin hangpa pelik sebab aku ni tak senafsu dengan orang-orang muda sekarang yang lebih gemarkan kereta-kereta model terbaru.

Ok, ni aku nak habaq kereta yang aku minat ni. Kalau jumpa yang murah-murah cepat-cepat habaq, kalau ada rezeki aku sambaq!

Mitsubishi Lancer EX 2000 Turbo



Production 1979–1988
Body style(s) 4-door sedan
Layout FR layout
Engine(s) 4G62 1.8 L SOHC Turbo I4 165 PS 163 hp/121 kW
4G33 / 4G12 1.4 L SOHC I4
4G32 1.6 L l4
4G11 1.2 L l4
4G63 2.0 L OHC Turbo l4 168 hp/121 kW (EX 2000 Turbo)
Transmission(s) 4-speed manual
5-speed manual
Automatic (1400/1600 - GL/XL, 1800 SE )
Wheelbase 2,440 mm (96.1 in)
Length 4,230 mm (166.5 in)
Width 1,620 mm (63.8 in)
Height 1,380 mm (54.3 in)–1,390 mm (54.7 in)
Curb weight 1,170 kg (2,600 lb)–1,295 kg (2,850 lb)
Fuel capacity 50 liters
Designer Aldo Sessano (design)
Rakuzo Mitamura (engineering)[2]

Lelaki yg bakal ke neraka

Pertama:- Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- Suaminya

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:- Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.......nantikan tarikan ibunya. Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami /abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-

"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA, DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU....."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda...kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri......jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik....oleh mana-mana pihak ?????

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA... semua kaum muslim
masuk syurga..... janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI AHLI SYURGA YANG MEMASUKI-NYA TANPA HISAB.

Madah Imam Shafie

* Perhiasan Ulama itu ialah takwanya, keelokannya;akhlak mulia dan kecantikannya murah hati

* Tidaklah berjaya seeorang itu dalam menuntut ilmu melainkan dia berada dalam kekurangan

* Tidak ada aib yang lebih buruk bagi seseorang ulama,selain daripada kesukaanya terhadap perkara yang tidak disukai Allah

*Ilmu itu bukan yang dihafal, tetapi yang memberi manfaat

* Barangsiapa yang ingin hatinya diterangkan oleh Allah, hendaklah dia bnayak berkhalwat(menyendiri),mengurangkan makan, tidak bergaul dengan orang yang bodoh yang buruk pekertinya, serta tidak berkumpul dengan kalangan orang yang berilmu yang tidak mempunyai keinsafan dan adab.

*Orang yang berakal adalah orang yang diikat oleh akalnya dr perbuatan tercela

*Tidak ada kegembiraan yang menyamai perjumpaan dengan sahabat dan tidak ada kesedihan yang menyamai perpisahan dengan mereka

*Barangsiapa yang menasihati saudaranya secara diam-diam bererti dia menginginkan kebaikannya

*Barangsiapa menasihati saudaranya ditengah khalayak ramai, bermakna dia telah membuka rahsia saudaranya dan memburukkan namanya.


Itulah antara madah Imam Shafie untuk kita berfikir arah tuju kehidupan selain melakukan muhasabah diri bagi memperbetulkan kesilapan yang dilakukan.

TANDA2 AKHIR ZAMAN

SABDA JUNJUNGAN MENGENAI AKHIR ZAMAN

Daripada Ibnu 'Umar radhiallahu 'anhuma berkata: Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam berhadap kepada kami (pada suatu hari) lalu beliau bersabda: "Wahai kaum Muhajirin, 5 perkara jika kamu telah ditimpakan bala dengannya (jika kamu telah mengerjakannya), maka tiadalah kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah Ta'ala, semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara-perkata itu ialah:

1.Tidak nampak perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani melakukannya secara terang-terangan, kecuali mereka akan ditimpa penyakit taun yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.

2.Dan tiadalah mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan ditimpakan bala dengan kemarau dan kesusahan mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka.

3.Dan tidaklah mereka menahan akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiadalah binatang (yang hidup di permukaan bumi ini) sudah pasti mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah Ta'ala.

4.Dan tiadalah mereka memungkiri janji Allah dan rasulNya kecuali Allah akan menjadikan musuh mereka menguasai mereka, maka musuh itu akan merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.

5.Dan apabila pemimpim -pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Qur'an dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (disaat itu) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri"

Wasiat Imam Syafie

Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dengan selamat hendaklah dia mengamalkan 10perkara berikut :

Pertama :Hak Kepada Diri iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

Kedua :Hak Kepada Malaikat Maut iaitu mengaqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan daripada orang yang dizalimi, membuat persediaan bagi mati dan merasa cinta kepada Allah

Ketiga :Hak Kepada Kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

Keempat :Hak Kepada Munkar Nakir iaitu tidak berdusta, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

Kelima :Hak Kepada Mizan iaitu menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan

Keenam :Hak Kepada Sirat iaitu membuang tabiat suka mengumpat, wara', suka membantu orang beriman da suka berjemaah.

Ketujuh :Hak Kepada Malik iaitu banyak menangis kerana takut kepada azab Allah, berbuat baik kepada kedua ibubapa, bersedeqah ketika terang dan sembunyi dan memperelokkan akhlak.

Kelapan :Hak Kepada Ridhwan iaitu merasa redha kepada qadha Allah, bersabar menerima bala, bersyukur kepada nikmat Allah dan bertaubat daripada maksiat.

Kesembilan :Hak Kepada Rasulullah SAW iaitu berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung dengan Sunnah, menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan daripada Allah SWT.

Kesepuluh :Hak Kepada Allah SWT iaitu mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan

KATA-KATA HIKMAH

1.Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan – Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.

2.Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatandalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

3.Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.

4.Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

5.ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.

6.Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.

7.Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

Realiti kehidupan

Dunia ini ibarat pentas lakonan,
Manusia itu adalah pelakon dan pengarah utamanya,
Al-Quran dan Al-Sunnah itulah skripnya,
Malaikat itulah jurugambarnya,
Islam itu jalan critanya,
Kiamat itu kesudahan penggambarannya,
Padang Mahsar tempat penganugerahannya,
Rasullallah S.A.w adalah penerima anugerah terbaiknya,
Allah S.W.T adalah hakimnya,
Syurga atau Neraka adalah trofinya,

Air Mata Rasulullah

Written by nurqush

Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.
Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"

"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.

"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.

Bagaimana Menyayangi Seseorang

1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagalkerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun

kata-kata hikmah

1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun
hanya sekadar senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di
lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah
iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di
lautan hidup ini.

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam
kenangan.

4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu
penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi
mainan orang.

5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali
kepada bentuk asalnya.

6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada
kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan
keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia
akan pecah.

8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam
kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan
banyak tapi diiringi dengan riak.

9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada
insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari
batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti
Sutera.

11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang
tingginya enam kaki.

12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu
mengecewakan agama.

13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal
mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan
hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di
malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan
kebahagiaan.

16) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung
sehingga ia mula bercakap kosong

17) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan
berkembang jika ianya digunakan.

18) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan.
Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha
Berkuasa.

19) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun
kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

20) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia
itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

21) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua
untuk bertaubat.

22) Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan
rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

23) Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata
terbuka belum bererti ia melihat.

24) Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat
berteduh.
Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya
layak dibuat kayu api.

25) Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada
melaksanakan sepotong pesanan.

26) Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu
kadang-kadang menumpahkan darah.

27) Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua
akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis
kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

28) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah
untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

29) Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang
diimaginasi .

30) Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang
setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong
impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

31) Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca
kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana
tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana
berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana
beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana
bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana
beribadat itu adalah
ibu dari segala ketenangan jiwa.

32) Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang
mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan
iman yang dirasakan manisnya dalam hati...

33) "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang
bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"

34) "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita
walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

35) Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya
Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan
(Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding
Dunia.

36) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika
kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan
dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia
dan terpuji."

37) "Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"

38) "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan
perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi
kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"

39) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh
menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah
menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

40) "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji
keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut
kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.

41) Hadiah Terbaik :
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan

42) "Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi
merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"

43) "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup
seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."

44) "Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka
berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"

45) "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang
menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang
ditinggalkan".

46) "Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan
orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg
telah dicari"

47) "Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg
diwarisi dari nenek moyang"

48) "Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman
dan mati tak ber teman.."

49) "Lidahmu adalah bentengmu, jika e***** menjaganya maka ia akan
menjagamu, dan jika e***** membiarkannya maka ia tidak akan
mempedulikanmu"


50) "Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya
sendiri"

51) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan
orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

52) "Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya
kita akan terkejut dengan hasilnya."

53) "Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi
kita sering kali ingat apa yang ora ng lain ada."

54) "Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa
yang kita berikan padanya."

55) "Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan e***** akan menjadi
terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan e***** akan mencapai yang
tertinggi."


56) "Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."

57) "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang
berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai
peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula
ke pada Ilahi."

58) "Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut
kesempatan yang menjelma."

59) "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang
dari semangat yang tidak pernah mengalah."

60) "Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak
melakukan perkara yang betul."

61) "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa
melakukan yang terbaik."

62) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa
jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan

63) "kawan adalah orang yang kita pilih untuk dampingi, tidak seperti keluarga yang telah ditetapkan untuk didampingi"..

Sejarah Stadium Darul Aman



Mula dibina pada tahun 1967
Mempunyai kapasiti penonton sebanyak 32,387 dengan semuanya berkerusi selepas pengubahsuaian pada tahun 1997
Pernah digunakan untuk Kejohanan Piala Dunia Remaja 1997 di mana stadium ini menjadi tuan rumah untuk pasukan-pasukan di dalam kumpulan C yang dianggotai oleh Ireland, Ghana, USA dan China.
Digunakan sebagai venue utama untuk Sukan Malaysia 2006 yang berlangsung di Kedah.
Selain pasukan utama Negeri Kedah, stadium ini juga adalah venue utama untuk pasukan Kelab Kuala Muda Naza yang bermain di dalam Liga Perdana.

Saturday, October 25, 2008

Kegemilangan

1987, 1988 dan 1989
Musim gemilang buat pasukan Kedah bermula pada hujung 80an apabila Kedah ketika itu di bawah pimpinan Dato Ahmad Basri Akil dan jurulatih Haji Ahmad Shafie telah berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia selama tiga tahun berturut-turut iaitu pada tahun 1987, 1988 dan 1989. Antara pemain Kedah ketika itu ialah Ahmad Sobri, K.Ranichandran, Lee Kin Hong, Ng Chew Beng, Mohamad Ramli, Naina Mohamad, Koet King Heong, Idris Man, Chan Keat Swee, Radhi Mat Din, Hussin Jafar, Norazam Ishak.

Kedah tumpas 0-1 pada tahun 1987, dan pada tahun 1988 Kedah kecundang lagi dengan jaringan 0-3 manakala pada tahun berikutnya, dengan sedikit saingan, Kedah terpaksa pulang dengan kekecewaan apabila akur dengan jaringan 1-2

1990
Tahun 1990 merupakan tahun kegemilangan bagi skuad Hijau Kuning dan juga para penyokong setianya selama ini. Setelah menjadi pasukan yang kecewa di dalam awal tiga edisi final, Kedah akhirnya berjaya menobatkan dirinya sebagai Juara Piala Malaysia pada tahun ini. Di bawah pimpinan jurulatih import terbaik ketika itu, Milaous Kvacek, para pemain Kedah begitu bersemangat untuk membawa pulang Piala Malaysia ke negeri Jelapang Padi.

Kali ini, pasukan jemputan iaitu Singapura berjaya ditumpaskan dengan jaringan 3-1 hasil jaringan penyerang import V Sundram Moorthy, pemain pertahanan, Ng Chew Beng dan pemain yang digelar ‘Kereta Kebal’, Romli Ghani. Jaringan Alistair Edward untuk Singapura masih tidak mampu untuk menghalang para pemain, pegawai dan penyokong Kedah dari berpesta malam itu. Kedah pada malam tersebut turut dinobatkan selaku pemenang Piala Fair Play Milo dan ketua pasukan Lee Kin Hong dinobatkan selaku Pemain Terbaik 1990.

1992
Dan pada tahun 1992, kebangkitan terhebat telah ditunjukkan oleh Kedah apabila berjaya menjuarai Liga Divisyen 2 dengan rekod tanpa sebarang kekalahan. Dan yang paling manis telah menjadi pasukan pertama dari Divisyen 2 yang layak ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia pada tahun 1992. Dengan kehadiran Robert Alberts sebagai jurulatih yang juga pakar taktikal terbaik pernah dimiliki Kedah, pemain import Nigeria, Olunbumi Adigun, Peter Nieketen dan juga pakar sepakan jarak jauh, Tibor Szaban, dengan dibantu barisan anak muda yang terbaik dan bersemangat tinggi, Kedah dilihat mampu menjadi pasukan pilihan. Tetapi hanya kesilapan kecil penjaga gol ketika iitu, Azmi Mahmud yang tersilap membuat percaturan, Zulhamizan Zakaria telah mengecewakan harap peminat Hijau Kuning apabila jaringan tunggalnya itu menjadi pemisah untuk memberikan Pahang kejuraan Piala Malaysia 1992.

1993
1993 menyaksikan Kedah turut dinobatkan selaku Juara Liga Bahagian 1. Beraksi di dalam perlawanan akhir 1993, barisan Kedah ibarat gandingan dari skuad 1992 dengan beberapa pemain baru yang di bawa masuk antaranya Nidzam Adha dan Lim Teong Kim. Dan pada malam tersebut juga beberapa pemain muda telah diberi pendedahan dalam kesebelasan utama seperti Farizuan Che Hamid dan Lee Thean Ewe serta Feriza Ismail. Barisan import Kedah masih lagi diterajui oleh Adigun, Szaban dan Nieketien.

Dua jaringan menerusi Lee Kin Hong dan Radhi Md Din merupakan pemisah antara Kedah dan Singapura pada malam tersebut. Ahmad Sobri turut bertindak cemerlang menafikan sepakan penalti Alistair. Prestasi cemerlang dari Ahmad Sobri membolehkan dia dianugerah Pemain Terbaik Perlawanan Akhir manakala Feriza Ismail sebagai Pemain Harapan.

1996
Final Piala FA 96 pasti menjadi kenangan dalam lipatan sejarah bolasepak Kedah kerana ia melengkapkan koleksi piala milik Hijau Kuning. Setelah kali terakhir menjulang Piala Malaysia pada tahun 1993, Kedah gagal mencipta sebarang kejayaan dalam semua pertandingan termasuk Piala FA.

Antara pemain terbaik Kedah ketika itu ialah gandingan Che Zambil, Nascimento, Nidzam dan Hashim Mustapha. Kemenangan 1-0 ke atas Sarawak di Stadium Merdeka telah menjadikan Kedah sebagai antara pasukan yang telah berjaya menyapu semua kejuaraan dalam bola sepak Malaysia.

2004
Setelah kejuaraan 1993, Kedah telah menjadi antara pasukan disegani di dalam bola sepak tempatan, namun kebanyakan kemaraan pasukan Kedah ke perlawanan akhir tersekat di peringkat suku akhir atau separuh akhir. Akhirnya pada tahun 2004, pertemuan dengan Perlis di dalam perlawanan akhir ini dilihat sebagai titik mula untuk Kedah kembali membawa pulang piala ke bumi Darul Aman. Namun kesilapan penjaga gol, Megat Amir Faisal dalam membaca bola balingan Andrian Jurad Chamrong akhirnya memakan diri diri apabila jaringan itu juga yang telah menjadi pemisah antara dia pasukan utara ini.

2007
Tahun yang paling gemilang bagi seluruh warga Darul Aman apabila menyaksikan Kedah memblot tiga piala utama di dalam kancah tempatan. Kejuaraan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia telah membuatkan Kedah sebagai pasukan pertama yang berjaya membuat ‘treble’ sejak Liga Super diperkenalkan pada 2004. Selepas kejayaan menewaskan Perlis dalam final Piala FA dengan 5-4, dua gol jaringan Marlon Alex James dan satu dari Khyril Muhaimeen sudah cukup untuk memberikan kegembiraan kepada para penyokong Hijau Kuning ketika menewaskan Perak 3-0 di dalam perlawanan akhir Piala Malaysia di Bukit Jalil.

2008
Sekali lagi merupakan tahun yang paling membawa erti bagi seluruh warga Darul Aman apabila menyaksikan Kedah berjaya mempertahankan tiga piala utama yang dimenangi pada musim lalu. Kejuaraan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia telah membuatkan Kedah sebagai pasukan pertama yang berjaya membuat mempertahankan ‘treble’ dua tahun beturut-turut sejak Liga Super diperkenalkan pada 2004. Selepas kejayaan menewaskan Selangor dalam final Piala FA dengan 3-2, gol jaringan Fazli Baharun, Syafiq Jamal dan satu dari Khyril Muhaimeen sudah cukup untuk memberikan kegembiraan kepada para penyokong Hijau Kuning.Piala Malaysia juga Kedah berdepan dengan skud Merah Kuning dengan kemengan 3-2 hasil jaringan Marlon Alex James, Nelson Sam Martin dan Fazli Baharun.

Pemain import Marlon Alex James, Nelson Sam Martin dan Auollar Hunggin telah memberikan impak yang terbaik kepada pasukan yang kebanyakannya dibarisi pemain muda Kenari seperti Ahmad Fauzi Shaari, Bunyamin Omar, Helmi Eliza Elias, Khyril Muhaimeen dan ramai lagi di bawah tunjuk ajar Azraai Khor Abdullah.Ketiadaan pemain-pemain import pada musim hadapan mungkin memberi impak yang besar dalam kancah bola sepak tempatan.

Azraai pertikai mutu pengadilan

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
sukan@kosmo.com.my



SITUASI tegang menyelubungi Stadium Darul Aman, Alor Star malam tadi.
Sekalipun Kedah mencatat kemenangan 1-0 ke atas kelab Maldives, Victory SC pada aksi pembukaan Piala AFC, keputusan pengadil perlawanan terus menjadi bualan hangat di kalangan peminat setia Hijau Kuning.
Perlawanan yang disaksikan kira-kira 25,000 penonton setia Kedah itu berlangsung dalam suasana agak tegang apabila banyak keputusan pengadil mengundang perasaan tidak puas hati di kalangan pemain dan jurulatih kedua-dua pasukan.
Malah pengendali Kedah, Mohd. Azraai Khor Abdullah turut diperintah meninggalkan padang pada minit ke-67 selepas memprotes keputusan pengadil dari Jordan, Al Ghafary Naser.
Penyokong tuan rumah yang tidak berpuas hati dengan tindakan pengadil juga bertindak menyerbu masuk ke kawasan padang ketika tempoh perlawanan sebenar berbaki kira-kira lima minit untuk ditamatkan.
Keadaan itu menyebabkan perlawanan tergendala selama kira-kira tiga minit sebelum disambung semula apabila situasi tersebut dapat dikawal oleh anggota keselamatan.
Mengulas mengenai insiden itu, Azraai menyifatkan mutu pengadilan amat rendah dan tidak sepatutnya berlaku dalam kejohanan peringkat berkenaan.
"Sepanjang karier saya sebagai jurulatih, inilah kali pertama saya diarah keluar padang oleh mutu pengadilan yang dianggap tidak profesional.
"Begitupun saya tetap berpuas hati dengan tiga mata yang dikutip pada perlawanan ini," katanya.
Terdahulu, jaringan tunggal Badrol Bakhtiar sudah cukup membolehkan Kedah meraih tiga mata berharga di Alor Star malam tadi.

kedah


Mengenai Pasukan Kedah
Nama penuh -->Kedah
Gelaran -->Sang Kenari
Ditubuhkan -->1935
Stadium/Padang -->Stadium Darul Aman
Kapasiti -->40,000 orang (32,387 seated)
Pengerusi -->Dato' Othman Aziz
Pengurus -->Azrai Khor Abdullah
Liga -->Liga Super Malaysia
Pencapaian -->AFC Champions League 1994 (1st round-Asian Club Cup), AFC Cup 2008 (Group Stage), Malaysia Cup (3x) 1990, 1993, 2007, Division 1/Premier 1/Super League (2x) 1993, 2007, Division 2/Premier 2/Premier League (3x) 1992, 2002, 2006, Malaysian FA Cup (2x) 1996, 2007, Malaysian Charity Shield (2x) 1991, 1994

Senarai Pemain

GK Mohd Helmi Eliza Elias
DF Victor Andrag (Captain)
DF Ronny Harun
MF Zamzuri Mohd Isa
DF Shafizan Hashim
FW Mohd Hazwan Zainun
DF Cornelius Bernard Huggings
FW Marlon Alex James
MF Nelson Marcello San Martín Arriagada
MF Ahmad Fauzi Shaari
MF Mohd Rozaidi Abdul Rahim
FW Samransak Kram
MF Mohd Fadly Baharum
DF Mohd Fazliata Taib
DF V. Thirumurugan
MF Mohd Khyril Muhymeen Zambri
MF Mohd Rafiz Abu Bakar
MF Khairul Helmi Johari
MF Muhd Nizam Mansor
GK Muhd Al-Hafiz Hamzah
FW Mohd Hasmawi Hassan
GK Abdul Hadi Abdul Hamid
DF Mohd Sabree Mat Abu
MF Mohd Badrol Bakhtiar
FW Mohd Shafiq Jamal
DF Mohd Redhuan Nawi
FW Ahmad Shakir Mohd Ali

Seloka negeri kedah

mai cek oi mai cek mai
kita ke negeqhi Kedah
mai oi bagi qhamai
jamu nasik kawah c/0

naik kapai teqhebang
tuqhun kepala batayh
makan toksah bimbang
kami banyak beqhayh

ikut lebuhqhaya
teqhuih ke Kayu Hitam
jaga cek oi jaga
qheta meneqhu-neqhang
qheta meneqhu-meneqhang

mengkala mai kedah
singgah lah ke Pekan Qhabu
minum nira nipah
makan emping keqhabu

kot lah qhasanya penat
jom pi ke langkawi
langgah ayaq gamat
minumlah ayaq tongkat ali
langgah ayaq gamat
muka naik seqhi

Kedah sudahla maju
tak lagi macam lah dulu
qhumah seqheba baqhu
kenduri ada selalu

tengok sana sini
pembangunan seqhata negeqhi
ada mesin padi
ada kelang besi

melawak oqhang Kedah
jangan cepat teqhasa
toksah dok kesah
bekawan cepat meseqha 2x

ulangc/o

kot lah qhasanya penat
jom pi ke langkawi
langgah ayaq gamat
minumlah ayaq tongkat ali
langgah ayaq gamat
muka naik seqhi

Kedah sudahla maju
tak lagi macam lah dulu
qhumah seqheba baqhu
kenduri ada selalu

Hijau Kuning

Biar Jasa Jadi Kenangan
Yakinkanlah diri sendiri
Berjuanglah sejiwa murni
Tekun, berani sesungguh hati
Demi sukan mengharum negeri

Biar jasa jadi kenangan
Hijau Kuning lambang kemegahan
Jelapang Padi tempat sanjungan
Negeri Kedah Darul Aman


Kedah, Kedah pantang kalah
Walau sakit, jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bujur lalu melintang patah

Darul Aman negeriku
Hijau Kuning darahku
Negeri Kedah negeriku
Negeri Kedah negeriku